oleh

Thomas Bruins Juara Powerman Asia 2016

Thomas Bruins takes hold position in world's largest Powerman duathlon.
Thomas Bruins takes hold position in world’s largest Powerman duathlon.

PUTRAJAYA I Thomas Bruins dari Australia berjaya merangkul gelaran juara pada Kojohanan Powerman Asia Duathlon 2016.

Bruins mencatat masa 2’35:53 dan berjaya menamatkan perlumbaan sejauh 80km dengan melengkapkan larian 10km, 60km berbasikal dan diikuti dengan larian 10km.

Manakala John Leerams Chinano dari Filipina berjaya menamatkan perlumbaan dengan menduduki tempat kedua dengan masa 2’39:19 manakala juara nombor satu dunia dari Perancis, Gael Le Bellec berpuas hati dikedudukan ketiga dengan catatan masa 2’40:42.

Bruins, 27, yang juga bekas juara Oceania, berasa gembira apabila berjaya menamatkan perlumbaan yang dianggap sebagai salah satu paling mencabar didunia kerana keadaan panas dan lembap.

“Powerman merupakan cabaran peribadi yang bukan hanya memerlukan kekuatan fizikal malah turut menguji kekuatan mental.

“Saya berharap agar pada tahun hadapan dapat mencatatkan masa lebih baik pada hari ini serta lebih bersedia menghadapi litar yang dianggap paling mencabar di seluruh dunia,” katanya.

Jason Loh dan Allie Helmy Sabtu merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia yang turut bersaing dalam kategori elit dan berjaya menamatkan perlumbaan dengan menduduki 10 teratas carta.

Jason mencatat masa 2’58:51 dengan menduduki tempat kelapan manakala Allie berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 3’04″10.

Emma Polley dari Britain yang juga naib juara dunia berjaya menamatkan pelumbaan dengan catatan masa 2’57:27 sekaligus menobatkannya sebagai juara.

Tempat kedua milik Airi Sawada dari Jepun yang ketinggalan masa 16 minit dari Emma.

loading...

Komentar

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *